Selasa, 19 Februari 2013

medan trip

jumaat 1 feb 2013 seawal jam 5 pagi aku dan 4 sahabat dah bertolak untuk ke LCCT. lokasi kali ni ke MEDAN, Indonesia.
Kitorang dah booking trip ni sejak mei 2012 masa promosi AIRASIA dulu. terima kasih airasia, kalau tak memang tak merasa la kami menjejak kami ke tanah orang. flight dijadual jam 8.45 pagi. sebab excited punya pasal awal pagi lagi dah gerak.

Dengan sedikit kesilapan arahan pemanduan (silap jalan) hehehe..kitorang sampai kat LCCT lebih kurang jam 6.30 pagi, solat subuh, sarapan then kitorang checkin airport. Penerbangan QZ8051 pun memulakan penerbangan ke medan.

Lebih kurang 45 minit kitorang sampai kat airport bandara polonia, medan. kalau ikut bacaan org2 yg dah sampai medan ni, katanya petugas imigresen sini leceh sikit, tapi alhamdulillah kitorang semua senang je lepas. (mungkin berkat bawak ustad sekali kot) kat luar kitorang mencari pak supir kami. supir ni kami booking awal berpandukan harga yg diberi oleh pengguna internet yg lain. jenuh gak la nak mencari nama. sikit punya ramai gak yg memilih utk dijemput di airport ni. jumpa gak dia ni. salam2 kenalkan diri. (bapak Guntur) nama dia. kitorang pun gerak ke mobil. masa ni ada 4 org kutu mana ntah follow kitorang ke mobil. ada orang dah remindkan jgn bagi diorang ni tolong buat apa-apa pun sebab nznti mesti kena pau..sampai je mobil diorang offer nak masukkan beg ke mobil..gila apa diorang ni, setakat beg sandang 3, 4 helai baju pun nak kena bertolong angkat, kau ingat org malaysia ni manja sangat ke? aku baru nak sound x payah, pusing je belakang member aku tgh pass beg bagi kat mamat tu. ALAMAK....memang kena dah ni. melayang gak la rm20 buat belanja diorang minum. macam shilaka..padahal dah bgtau awal2 kat malaysia, jgn bagi diorang tolong..rezeki diorang la tu.
jadi ingat...jgn ingat diorang tu baik sangat nak membantu.. baik ada makna tu..








seperti dipersetujui..lokasi hari pertama lets go to parapat.
dari parapat kitorang akan naik feri ke danau toba. perjalanan memakan masa 4 jam pemanduan. tu pun sebab pak guntur dah ikut jalan potong elakkan macet. siap berenti sekali kat perhentian (la kot) buang air, berasap, minum air. kat sini ada la gerai jual junk food dia. tapi tak beli pun sebab kitorang memang x nak beratkan beg lagi. perjalanan disambung. sampai la kitorang kat parapat. apa2 hal pun isi perut dulu..makan masakan padang. biasa2 je rasanya. 6 org makan habis la IDR2++k.
pastu ke jeti feri, feri ke pulau bertolak setiap 1 jam. ada 30 minit sebelum bertolak. kitorang pun pusing2 la kat pekan tu. ada pasar pagi (betul-betul kat tepi jeti tu je) tapi dah nak tutup pun. shoot lebih kurang, feri pun nak berangkat. senang je nak tau, dia akan bunyikan siren so feri tu dah nak bertolak. kitornag pilih utk duduk kat bahagian atas so dapat la menikmati pemandangan dengan lebih jelas.














tambang feri IDR10k sorang. kalau ikut bacaan blogger lain, diorang kata 7k je. tapi malas la nak cerita panjang, bayar je lah.. singgit je pun bezanya.
dari atas feri kami disajikan dengan keindahan ciptaan tuhan..memang cantik.

 antara caption-caption yang dapat diambil dari atas feri dalam perjalanan untuk ke samosir/tuk-tuk.








gambar tepi ni sekadar hiasan buat cucian mata korang je..hehehehe










lebih kurang setengah jam cenggitu, kitorang sampai ke tuk-tuk island. kitorang dah booking siap-siap kat booking.com.  hotel pilihan kami di pandu lakeside hotel (dalam pulau) so mudah la terus je ke kaunter bagi no booking, tambah duit untuk extrabed terus memasing masuk bilik. mandi, solat rehat sekejap. terus aku ke kaunter mintak diorang carikan motor sewa. dapat sewa dengan bayaran IDR75k utk sebiji motor. acara meronda pulau akan dimulakan. sebab kitorang sampai agak lewat, plan perlu diubah. bincang-bincang..dapat keputusan. yg penting mesti sampai ke tomok dan stone chair..dengan 3 motor yang siap diisi penuh benzin, peta dari hotel. kitorang memulakan perjalanan. sasaran pertama ke tomok (bukan si penyanyi newboys tu) sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. sempat la berposing di beberapa tempat.

perjalanan melalui perkampungan batak di sepanjang laluan. disajikan dengan kehijauan dan keindahan danau toba. sayup-sayup nampak di kejauhan air terjun mengalir menuruni bukit. namun sayang, kami dimaklumkan time tu takleh masuk ke sana sebab berlaku kejadian tanah runtuh yg menyebabkan laluan ditutup. 

sampai ke tomok kitorang melawat makam raja sidabutar dan melawat patung si gale-gale. pastu kitorang sempat berbelanja sikit kat pasar yg terletak di laluan masuk ke makam. beli fridge magnet ngan kaos (t-shirt) danau toba. kat sini kena pandai tawar menawar. kalau x pandai memang x berbaloi la korang membeli kat sini. 

pastu kitorang bergegas utk ke stone chair plak..time ni hari dah semakin gelap. terfikir sempat ke? tapi sebab dah plan awal pagi besok dah nak gerak ke berastagi maka perjalanan perlu diteruskan jugak..
check peta..dah set lokasi..jommm..
tgh berjalan nampak plak satu spot menarik utk bergambar. berenti la kejap. pastu sambung perjalana. kitorang sampai kat stone chair memang dah gelap..nak bergambar lelama pun cuak. sebab stone chair ni dikisahkan merupakan lokasi di mana puak batak melakukan upacara pemotongan kepala pesalah zaman dulu. bergambar lebih kurang pastu kitorang balik ke hotel.

leapas mandi, solat kitorang berpakat utk pegi makan malam. kitorang dah ada perasan satu kedai muslim kat perjalanan tadi..lepas makan beli air mineral ngan jajan, kitorang balik hotel pastu lepak kat tepi tasik.. malam melabuhkan tirai..mata sudah berat. balik bilik. TIDUR..esok awal pagi nak gerak ke berastagi.


Awal pagi lepas bersiap kitorang ke tepi tasik dulu shoot gambar matahari terbit..sarapan di hotel (termasuk dalam pakej hotel) menu yang ditawarkan hanya nasi goreng, mee goreng atau meehoon goreng dengan pilihan air kopi atau teh. then menunggu feri utk ke parapat semula sebelum ke berastagi. feri pun sampai..

sampai ke parapat supir kami dah siap menunggu..kereta pun bergerak baru beberapa kilometer  jalan dah macet..apasal!!!!!

kitorang pun keluar kereta berjalan sikit kat depan . .alamakkk.. sekali ada pokok tumbang la pulak..masak kitorang kalau x leh bergerak..takkan nak tunda perjalanan ke berastagi pulak. hotel pun dah booking .. tak lama lepas tu supir tu bagitau ada orang dah balik amik chainsaw utk potong pokok tersebut. baru lega sikit..kitorang pun lepak kat gerai tepi jalan tu sambil menikmati mie pop dan teh botol. dekat sejam gak menunggu diorang alihkan pokok tu..perjalanan di teruskan



dalam perjalanan kitorang disajikan lagi dengan pemandangan yang cukup indah. dengan keindahan danau toba. ladang kopi. dan seperti di gambar-gambar yang dapat kami potretkan ni..






first kitorang ajak pak supir kr air terjun sipiso piso.. nak masuk kena bayar sorang IDR4000..masuk, parking kereta..tu dia air terjun si piso piso.. cukup mengujakan.. ada laluan bertangga yang agak curam gak pada aku utk ke kaki air terjun tu..kitorang turun separuh jalan je. sebab ada ahli-ahli rombongan cik kiah yang tak cukup fit untuk meneruskan perjalanan..sempat la shoot beberapa capture. naik atas semula dengan keletihan..




kitorang bergerak pulak ke berastagi dan sempat singgah di pasar buah..